Discography Tomok Shah Indraone dan New Boyz

Discography Tomok Shah Indraone dan New Boyz


Ditubuhkan pada 1999 dgn album pertama melalui hitz singlenya 'Sejarah Mungkin Berulang' New Boyz muncul dgn identiti awal remaja. Ketika itu vokalis Tomok masih berumur 15 tahun, New Boyz dianggotai oleh Tomok sbg vokalis,Syuk sbg pemain bass, Jay sbg pemain gitar, Lan sbg pemain gitar kedua & Along bertindak sbg pemain drum.

Begitulah berikutnya dgn album kedua sehinggalah album ketiga Syuk bertindak menarik diri atas komitmen tersendiri. Tempat Syuk diganti oleh Zack yg kekal hingga sekarang. Sejak album kelima iaitu pada 2004 New Boyz telah bertukar anggota di mana Jay, Lan & Along menarik diri dan digantikan pula dgn Rizz & Ristoe masing-² di bahagian gitar & drum. Sehingga tahun 2006 New Boyz telah mengeluarkan 5 album dan 1 kompilasi lagu-² terbaik. Pada tahun yg sama juga New Boyz sibuk menyiapkan material terbaru iaitu album keenam,kali ini majoriti lagu dicipta oleh ahli New Boyz sendiri. Kini New Boyz berempat berkonsepkan pop rock aktif memenuhi undangan persembahan di sekitar Semenanjung Malaysia,Sabah & Sarawak, Singapura, Brunei & Indonesia.

Kini New Boyz kembali pada 2007 dengan 1 lagi pembaharuan iaitu Afiez sebagai gitaris baru menggantikan Rizz maka tetaplah sudah anggota New Boyz yg mempunyai 4 generasi album dari Tomok, Zack, Ristoe dan Afiez..

Selepas kemasukan Afiez, New Boyz muncul dengan album Semula Padaku yang membariskan komposer seperti Taja Meet Uncle Hussien, Along Exist, Edry KRU dan ramai lagi. Selain daripada menggunakan khidmat komposer luar, ahli New Boyz sendiri mengambil peluang dalam penciptaan lagu untuk album tersebut. Antaranya ialah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh vokalist kumpulan ini sendiri iaitu Tomok dengan lagu KAU BERNAMA CINTA. Lagu ini merupakan antara lagu yang menjadi HITS dalam Album Semula Padaku, dan lagu ini kerap di putarkan di corong-corong radio tempatan.

Setelah pengahsilan album Semula Padaku, New Boyz seakan menyepi disebabkan penjualan album yang tidak memberangsangkan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penjualan album yang terbantut yang dialami oleh keseluruhann artis Malaysia. Selepas dua tahun menyepi, New Boyz akhirnya muncul dgn dua single terbaru mereka iaitu KAU PERGI dan TERIMA KASIH (HERO) dimana penciptaan lagu sehingga prosess penghasilan keselurahan kedua-dua lagu dibuat sepenuhnya oleh mereka sendiri. Kau Pergi merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tomok sendiri dan lagu Terima Kasih HERO merupakan lagu pertama ciptaan Zack selaku pemain BASS kumpulan New Boyz. Belum pun sebulan single itu dihasilkan Tomok pula mengambil keputusan untuk menyertai satu pertandingan Program Reality One In A Million musim ketiga dan berjaya menjadi salah seorang finalist program reality itu dan telah dinobatkan sebagai Juara OIAM3. Penyertaan Tomok dalam program reality itu telah menjadi issue dan diperkatakan oleh masyarakat dan ada yang mengandaikan Tomok telah bergerak secara SOLO dan meninggalkan ahli kumpulannya yang lain dan sekaligus tidak lagi bergelar penyayi untuk kumpulan New Boyz. Tetapi semua andaian yang dibuat tidak tepat dan Tomok menidakkan berita itu dan sekaligus mengesahkan dia masih lagi penyanyi untuk kumpulan New Boyz. Tomok tidak pernah terfikir untuk meninggalkan kumpulan New Boyz sama sekali dan menyatkan penyertaannya itu mendapat restu dan sokongan dari ahli New Boyz yang lain.

Sehingga kini, New Boyz masih lagi kekal berempat hanya menunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mempertaruhkan hasil kerja mereka yang seterusnya. Dikhabarkan mereka akan tumpukan perhatian dlm pembikinan album mereka sepenuhnya selepas Tomok selesai menghasilkan album SOLO beliau dalam masa terdekat.

Kini New Boyz mahu lebih dikenali sebagai NB iaitu singakatan untuk New Boyz itu sendiri.

Antara album yang telah dihasilakn:- New Boyz (Sejarah Mungkin Berulang) Akur Wirama Inspirasi Bermulanya Satu Evolusi The Best of Newboyz Semula Padaku

Shah Indrawan Ismail

Shah Indrawan Ismail atau 'Tomok' menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga sekali gus meraih RM1 juta pada 1 Mei 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Tomok juga adalah penyanyi utama kumpulan New Boyz.

Juara OIAM

Mulanya pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah. Mamun orang ramai mahu Tomok menyertai tiga finalis, Esther dan Aweera ke peringkat akhir. Undian melalui laman web www.8tv.com.my/oiam.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Tinta S. Ternyata Tomok meraih undian SMS tertinggi 39.3 %, Esther 33.29 % dan Aweera 27.41 %



Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. E-RECHTER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger