Tomok Survive dalam Top 5 !!

Tomok Survive dalam Top 5 !!


Samada anda perasan atau tidak, boeh dikatakan dalam banyak-banyak peserta OIAM, Indrawan atau Tomok adalah peserta yang paling luas mendapat liputan media cetak dan elektronik. Lihat saja mana-mana surat khabar hiburan atau website-website hiburan seperti Oh! Artis sendiri, masing-masing bercerita mengenai Tomok.

Kami masih ingat bila mana semasa Tomok menghadiri ujibakat One in A Million 3 beberapa bulan lepas. Ramai yang mendabik dada dan ada yang ketawa guling-guling melihat Tomok dengan tak tahu malunya datang audition OIAM3. Kata orang, sudahlah suara sengau. Siapa yang tidak kenal Tomok pada masa itu kan?

Hakikat ni seakan-akan berubah sikit demi sedikit bila orang menilai persembahan dan kualiti yang dipersembahkan Tomok dari minggu ke minggu. Boleh dikatakan hampir setiap minggu Tomok sentiasa menjadi pilihan juri.

Dan malam tadi (11 April 2009), Tomok terus maju menjadi Top 5. Selamat tinggal diucapkan buat Simon yang terkeluar pada minggu ini. Itulah adat pertandingan yang terpaksa di terima.

Minggu ini adalah minggu tribute Sheila Majid di mana kita dapat melihat kesemua pelajar menyanyikan lagu dari Sheila Majid dengan cara mereka sendiri. Dan seperti biasa, yang paling menyerlah dan pakar mengubah lagu asal ke versi sendiri adalah Tomok. Lagu Aku Cinta Padamu pada awalnya nampak seperti lagu asal tetapi sampai ketikanya, keluar lagu Aku Cinta Padamu versi Tomok yang rancak dan ber’tempo pantas dan ligat. Seperti biasa, persembahan Tomok pasti membuatkan OIAM3 kelihatan seperti konsert dan bukan lagi pertandingan.

Tahniah buat Tomok dan peserta lain yang berjaya maju hingga ke Top 5. Jangan ditanya Oh! Artis kenapa tidak mengulas lanjut mengenai persembahan peserta lain kerana kami di Oh! Artis adalah 100% penyokong No 1 Indrawan atau Tomok! Anda ada kredit lebih, bolah’lah vote for Tomok ya?

Jika Adlin Aman Ramli tidak akan percaya lagi pada rancangan Raja Lawak jika Sepah tidak diangkat menjadi juara, Oh! Artis pula takkan percaya lagi pada rancangan One In A Million jika Tomok tidak diangkat sebagai juara atau at least, maju ke peringkat final.

Go Tomok Go!!



 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. E-RECHTER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger