Kenapa anda perlu vote Tomok dalam OIAM?

Kenapa anda perlu vote Tomok dalam OIAM?


Yeah.. Tomok Tomok Tomok!! Aku ingat lagi masa aku darjah 6 (tahun 2000), masa tu aku menang pertandingan malam kebudayaan perkhemahan peringkat sekolah. Sebab apa aku menang? Orang lain buat lakonan penuh hebat, ada yang nyanyikan lagu partiotik dan ada yang menari-nari ingin menarik perhatian juri. Dan ape yang aku lakukan untuk malam kebudayaan itu?

Haha! Latihan lakonan yang tidak pernah menjadi, membuatkan aku memutuskan untuk menyanyi lagu sahaja di saat akhir. Masa tu lagu yang penuh popular dan digilai gadis-gadis adalah lagu nyanyian Tomok, Sejarah Mungkin Berulang.



Aku sebagai ketua kumpulan, memutuskan untuk menyanyikan lagu tu sahaja. Kira macam asalkan ada yang dipersembahkan sudah. Tanya geng-geng dalam team, Alamak! Semua tak lancar lagu tu. Dan aku sebagai peminat New Boyz pada masa itu, menyanyi seorang diri ditemani ahli kumpulan yang hanya menjadi tunggul di belakang.

Dan bila keputusan diumumkan, kumpulan aku menjadi juara pada malam itu. Ha! Itu penangan Tomok sebenarnya. Bukan kerana suara aku lunak bak Hazami. Hahaha. Mungkin juri pada malam itu pun dok melayan New Boyz. Who cares? yang penting aku menang!

Aku sukakan New Boyz dari dulu sampai sekarang. Kesukaan aku selalu di’stereotype’kan sebagai jiwang karat, jiwang bodoh atau lebih teruk, siapa minat Tomok dia adalah GAY! Itu sebenarnya yang ada dalam fikiran mereka yang selalu ponteng masa sekolah dulu. Hehehe.

Aku tak tahu apesal orang benci sangat dengan Tomok. Well, kalau cakap tak minat, itu normal. Aku sendiri tak minat dengan Faizal Tahir walaupun ramai yang minat dia kan? Ya itu normal. Tapi si anti Tomok ni dah masuk tahap mak bapak tak pernah ajar. Kutuk suara macam katak la, ape la, gay la, pondan la walhal Tomok tu sikit pun tak pernah buat hal. Ape lagi pernah berhutang dengan korang.

Dan sekarang, Tomok kembali dengan lebih gempak dalam One In a Million 3. Minggu lepas persembahan Tomok siap dapat Immunity lagi yang mengecualikan Tomok dari terkeluar. Well kawan, kalau Dina kita pandai cakap vote dari bakat, bukan dari rupa, kenapa Tomok tak begitu. Kenapa benci sangat dengan dia? Dulu memang diakui, suara si Tomok ni ada ala-ala sengau gitu tapi sekarang, korang sendiri boleh nampak siapa Tomok yang sekarang.

Well para pembaca Oh! Artis, sokonglah Tomok jika tak mahu SMS pun, jangan la nak dikutuk-kutuk. Orang yang hebat seperti Paul dan Shafinaz Selamat boleh puji Tomok tu best dan bertapa untungnya ada Tomok dalam One in a Million 3, siapa kita yang suara macam katak sebenarnya ni nak mempertikaikan bakat yang ada pada Tomok.

Layanlah video kat atas tu atau kat tepi Oh! Artis ni dan korang sendiri akan tahu betapa bezanya lagu La La La Kerjalah Meet Uncle Hussien tu dalam versi Tomok! Dan jangan lupa dengarkan apa kata juri.

- Khai
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. E-RECHTER - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger